Nasi-Arab
Nasi-Arab

Nasi Arab

avatarOleh Resepi Mudah    , ,   

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 10 mins
  • Memasak: 30 mins
  • 10 mins

    30 mins

    40 mins

Bahan-Bahan

2 cawan beras basmathi (cuci & tos)

3 1/2 cawan air

1/2 ekor ayam (potong ikut suka)

sedikit kismis

sedikit kacang peas

beberapa btg lada hijau

beberapa biji badam goreng

garam secukupnya

bawang goreng

3 tangkai daun ketumba (hiris)

Bahan tumis:

2 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

6 biji bunga cengkih

1 labu bawang besar (hiris)

4 biji bawang merah (hiris)

3 ulas bawang putih (hiris)

2 cm halia ( hiris btg mancis)

3 sudu makan minyak jagung

Bahan Rempah:

1 sudu makan biji ketumba

1 sudu makan biji jintan manis

1 sudu makan biji jintan putih

(Bahan diatas disangai/goreng tanpa minyak & dikisar halus)

1 1/2 sudu makan rempah kari

* rempah ini semua dibancuh dengan sedikit air=pes

Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis, bila bawang layu masukkan pula pes rempah. Kacau dan masakkan rempah.

Masukkan ayam, air dan garam. Biarkan air didih, kemudian masukkan beras. Masakkan seperti biasa.

Bila nasi masak hampir masak, taburkan kismis, kacang peas, lada hijau dan badam, kacau sedikit dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

Masa hidang taburkan bawang goreng dan daun ketumba sebagai hiasan.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.