Print Options:

Nasi Air Thai

Hasil1 Hidangan

 Nasi - dimasak sedikit lembik
 Daging/Ayam secukupnya
 5 inci halia ditumbuk lumat
 segenggam cili padi
 4 sudu makan cuka
 garam,gula secukup rasa
 kiub pati ayam
BAHAN HIASAN :
 ikan bilis goreng
 bawang goreng
 daun sup - dihiris halus-halus
 limau nipis - diperah semasa makan
 telur asin
1

Masak nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.

2

Daging : dipotong kecil dan direbus dalam air yang banyak.

3

Ayam : dipotong beberapa bahagian dan direbus bersama daging.

4

Setelah empuk, daging dan ayam ( isinya disiat siat ) dikeluarkan dan ditoskan manakala air rebusan tersebut dipanaskan semula dan ditambah dengan kiub pati ayam,garam dan gula secukup rasa.

5

Boleh juga ditambahkan air bagi yang menyukai kuah yang banyak.

6

Air lada : Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil ditambahkan cuka, gula dan garam sesedap rasa.

7

7. Untuk hidangan :

8

Masukkan nasi dalam mangkuk beserta isi ayam,daging – gaulkan. Masukkan air rebusan ( air sup ).

9

Taburkan dengan ikan bilis goreng,bawang goreng,daun sup,daun bawang

10

Dan jangan lupa perasakan dengan air lada,kicap cair,lada kicap ( kicap cair dicampur dengan hirisan kecil cili api). dan perahkan air limau nipis untuk rasa masam,pedas,masin

11

Kalau suka boleh makan dengan telur asin.

12

Siap untuk hidangan.