Mee Kuah

meekuah
meekuah

Mee Kuah

avatarOleh Resepi Mudah    ,   ,

Oktober 28, 2014

  • Prep: 5 mins
  • Cook: 15 mins

Bahan-Bahan

500g mee

5 cawan air rebusan tulang ayam

udang, daging, isi ayam

3 ulas bawang putih diketuk

1 sudu kecil lada hitam- tumbuk

sawi

taugeh

tomato

bawang goreng

sos tomato- jika suka

sos cili- jika suka

kicap cabai ( kicap manis + cabai dipotong halus + sedikit cuka)

sedikit minyak untuk menumis

garam

gula

limau nipis

Cara-cara Menyediakan

1Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau

2Masukkan isi ayam, daging atau udang. Kacau balik sekejap dalam 1-2 minit.

3Masukkan air rebusan

4Masukkan pula lada hitam yang telah ditumbuk halus

5Masak sehingga mendidih dan daging empuk. Kemudian masukkan sawi, garam dan gula. Masak 2-3 minit. Padamkan api. Masukkan taugeh dan tomato yang dipotong

6Celur mee dalam air mendidih.

7Bila dah siap. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan masukkan kuah tadi.

8Taburlah dengan bawang goreng.

9Kalau nak lagi sedap bolehlah dimasukkan sos tomato, sos cili, kicap cabai dan perahan air limau nipis.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *