Lontong Sayur Lodeh

Lontong Sayur Lodeh
Lontong Sayur Lodeh

Lontong Sayur Lodeh

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

  • Prep: 25 mins
  • Cook: 20 mins

Bahan-Bahan

1 liter santan

1 liter air suam

150 gm kacang panjang - dipotong 5 cm setiap potongan

150 gm kubis - dipotong

150 gm lobak merah

2 batang serai - diketuk

40 gm lengkuas - diketuk

4 biji tauhu (dipotong menjadi 4 keping, goreng sehingga keemasan)

2 keping tempe (dipotong menjadi kiub dan goreng)

800 gm nasi himpit - dipotong dadu

5 biji telur rebus - dibelah dua

garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

150 gm bawang merah

30 gm halia

50 gm bawang putih

80 gm kunyit hidup

30 gm cili kering - direbus dan dikisar

40 gm udang kering

2 biji buah keras

Cara-cara Menyediakan

1Panaskan minyak dalam kuali.

2Masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan hingga naik bau dan garing.

3Kemudian,masukkan santan dengan air suam. Masak sehingga mendidih.

4Tambahkan kacang panjang, kubis,lobak, serai dan lengkuas. Masak sehingga sayur-sayuran menjadi lembut.

5Kacau sebati dan kemudian tambahkan tauhu dan tempe goreng.

6Perasakan dengan garam dan gula.

7Siap untuk dihidang bersama nasi himpit.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *