Laksam Terengganu
Laksam Terengganu

Laksam Terengganu

avatarOleh Resepi Mudah      

April 15, 2015

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 20 mins

Bahan-Bahan

BAHAN UNTUK LAKSAM :

2 cawan tepung beras

2 cawan tepung gandum

air secukupnya

sedikit garam

BAHAN UNTUK KUAH LAKSAM :

1 kg ikan selayang @ sardin

4 1/2 cawan santan pekat

15 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 batang serai

2 keping asam gelugur

1/2 sudu makan serbuk lada hitam

garam secukupnya

BAHAN UNTUK SAMBAL :

sedikit cili padi

4 tangkai cili kering

sedikit cuka

sedikit gula melaka

garam

gula

BAHAN UNTUK HIASAN :

1 batang bunga kantan - dihiris

4 batang kacang panjang - dihiris

sedikit kobis - dihiris

dua tangkai daun kesum - dihiris

sedikit taugeh

Cara-cara Menyediakan

Untuk membuat laksam :

1Panaskan periuk pengukus.

2Gaulkan semua bahan-bahan.

3Sapukan tudung periuk/loyang dengan sedikit minyak masak untuk mengelakkan dari melekat.

4Tuangkan adunan di atas tudung periuk,pastikan tidak terlalu nipis atau tebal.

5Masukkan dalam periuk pengukus dan kukus sampai masak,lebih kurang 4 minit. Biarkan ianya sejuk terlebih dahulu.

6Gulungkan adunan dan potong kecil secara membulat. Ulangi langkah 2- 5 sehingga adunan habis.

Untuk membuat kuah laksam :

1Ikan direbus terlebih dahulu,kemudian asingkan isi ikan dengan tulang ikan.

21Masukkan isi ikan,halia,bawang putih,bawang merah dan lada hitam bersama air secukupnya ke dalam mesin pengisar..kisarkan hingga sebati.

31Kemudian,masukkan bahan dikisar tadi ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain.

4Masak sehingga kuah menjadi agak pekat.

Untuk membuat sambal :

1Kisarkan kesemua bahan dalam mesin pengisar.

Untuk hidangan :

1Masukkan sedikit laksam yang telah dipotong ke dalam mangkuk.

2Masukkan ulam yang telah dihiris diikuti dengan sedikit sambal dan tuangkan kuahnya.

3Siap untuk dihidang.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *