Laksa Kedah
Laksa Kedah

Laksa Kedah

avatarOleh Resepi Mudah    ,   ,

Oktober 29, 2014

0.0 0
  • Sediaan: 5 mins
  • Memasak: 25 mins
  • 5 mins

    25 mins

    30 mins

Full-screen

Bahan-Bahan

½ kilo Ikan Selayang

Asam Gelugor (Asam Keping) Secukup Rasa

Minyak Masak

Cili Kering (anggaran 50 sen)

¼ Keping Belacan

15 biji Bawang Merah

Daun Kesum

2 Kuntum Bunga Kantan (dihiris)

Serbuk Perasa

Garam

BAHAN HIASAN ;

Telur rebus

Timun

Kacang Panjang

Daun Selom

Daun Gajus

Pucuk Putat

Ulam Raja

Bawang Besar

Cili Padi

Kaedah Penyediaan

CARA MENYEDIAKAN :

Laksa direbus bersama sekeping asam gelugor dan 3 sudu minyak masak sehingga lembut kemudian ditos.

CARA MEMBUAT KUAH :

Rebus ikan selayang kemudian asingkan isi dengan tulang

Kemudian kisar isi ikan dan tulang berasingan.

Tulang ikan yang telah dikisar hendaklah ditapis dahulu.

Cili kering, belacan dan bawang merah dikisar.

Air tulang tersebut berserta air rebusan ikan dimasak bersama cili kering yang dikisar tadi.

Untuk menambah kesedapan kuah laksa masukkan bunga kantan yang telah dihiris, segenggam daun kesum, 3 keping asam gelugur, garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Didihkan kuah sehingga masak.

Hidangkan laksa tersebut bersama bahan-bahan hiasan yang telah di hiris tadi.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.