Kurma Kambing

By Resepi Mudah

Mei 28, 2017

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 40 mins

Ingredients

1 kg daging kambing

1 senduk minyak

2 cawan santan pekat

3 biji cili hijau atau cili merah, potong dua

4 biji kentang, potong dadu besar

1 batang karot. potong dadu besar

2 biji bawang besar, belah 4

1/2 cawan air asam jawa

sedikit gula melaka

garam secukup rasa

Bahan bancuhan pes (dengan air)

4-5 sudu besar rempah daging kurma

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan ditumbuk halus

8 biji bawang merah

5 ulas bawang bawang putih

2 inci halia

Bahan rempah tumis

1 batang kayu manis

5 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

4 batang cengkih

2 tangkai daun kari

Directions

1Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan rempah tumis dan bahan tumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.

2Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak sehingga pecah minyak.

3Tuang sedikit air jika rempah terlalu kering dan garing untuk mengelakkan rempah hangus.

4Masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah.

5Biarkan masak sehingga 5 minit dan tambah sedikit air hingga agak tenggelam daging kambing. Masak sehingga daging menjadi empuk dan lembut.

6Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, air asam jawa, karot, kentang, cili hijau dan bawang besar.

7Masak sehingga bahan tadi empuk.

8Masukkan pula gula melaka dan garam secukup rasa.

9Angkat dan hidangkan bersama nasi.

Sumber : FB Resepi Mudah Senang Cepat & Sedap

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *