Kuih Seri Muka
Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka

avatarOleh Resepi Mudah    , ,   

Oktober 30, 2014

Bahan-Bahan

300 gm beras pulut

300 gm gula

6 biji telur

1 biji kelapa (atau 3 cawan santan)

10 helai daun pandan

1 sudu teh tepung gandum

sedikit garam

Cara-cara Menyediakan

1Bersihkan beras pulut dan toskan.

2Parut kelapa dan ambik santannya sebanyak 3 cawan.

3Hancurkan daun pandan,masukkan sedikit air dan ambik airnya.

4Pukul telur dengan gula dan masukkan tepung gandum.

5Ambil 1/2 cawan santan dan campurkan dengan telur tadi serta air daun pandan.

6Gaulkan beras pulut dengan baki santan(2 1/2 cawan) dan garam.

7Kukus pulut dalam loyang hingga masak.

8Apabila masak,angkat dari periuk dan tekan tekan hingga mampat.

9Masukkan pulut semula ke dalam periuk pengukus.

10Pukul adunan telur seketika dan tuangkan ke atas pulut.

11Pastikan adunan dituangkan rata dia atas pulut

12Pastikan adunan tidak dimasuki wap.

13Apabila pulut dan sekaya masak,angkat dan sejukkan sebelum dipotong.

14Sedia untuk dihidang.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *