Kuih Seri Muka Pulut Hitam
Kuih Seri Muka Pulut Hitam

Kuih Seri Muka Pulut Hitam

avatarOleh Resepi Mudah    , ,   

November 3, 2014

0.0
  • Sediaan: 10 mins
  • Memasak: 35 mins
  • 10 mins

    35 mins

    45 mins

Bahan-Bahan

1 cawan beras pulut

1/2 cawan beras pulut hitam

1 biji kelapa bersaiz besar - ambil santannya kira kira 3 1/2 cawan

sedikit garam

BAHAN UNTUK BAHAGIAN ATAS :

2 cawan santan

1 cawan pati daun pandan

1/2 cawan gula

8 biji kuning telur

1 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu makan tepung jagung

sedikit garam

Kaedah Penyediaan

Bersihkan pulut dan toskan..Masukkan ke dalam loyang kemudian ambil 3 1/2 cawan santan dan tuangkan dan gaulkan pada pulut…

Setelah itu,bolehlah dikukus sehingga masak.

Sesudah masak,ratakan sehingga padat dengan sehelai daun pisang dan ketepikan untuk sementara waktu..

Campurkan santan dengan pati daun pandan dan masukkan pula gula dan kuning telur yang telah dikacau terlebih dahulu..

Tambahkan sedikit garam dan kacau hingga rata.

Ayak tepung gandum dengan tepung jagung dan sapukan sedikit demi sedikit ke dalam campuran santan sambil dikacau supaya tidak berketul dan ditapis..

Setelah itu,tuangkan ke atas pulut di dalam loyang dan kukus semula sehingga cukup masak..

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.