Kuih_Qasidah
Kuih_Qasidah

Kuih Qasidah Terengganu

avatarOleh Resepi Mudah      

Oktober 28, 2014

  • Prep: 5 mins
  • Cook: 10 mins

Bahan-Bahan

300 gm tepung gandum - diayak

2 helai daun pandan - ambil airnya

2 - 3 cawan santan dari satu biji kelapa

1 cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan

5 biji telur ayam, dipukul

secubit garam

sedikit pewarna kuning

bawang goreng sebagai hiasan

Cara-cara Menyediakan

1Masukkan tepung gandum yang telah diayak, santan, telur, gula & garam,pewarna kuning,air daun pandan dalam mangkuk besar…gaulkan sebati dan tapiskan.

2Masak dalam periuk di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.

3Angkat dan tuangkan adunan ke dalam dulang, lapikkan dengan daun pisang.

4Biarkan sejuk.

5Bentukkan kuih dengan menggunakan acuan berbentuk bunga.

6Taburkan bawang goreng diatas kuih tadi.

7Selamat mencuba!!

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *