Kuih Lopes

By Resepi Mudah    

Mei 17, 2017

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 40 mins

Ingredients

Bahan-bahan kuih

500 gm pulut

1 sudu makan air kapur

6 helai daun pandan - kisar bersama sedikit air dan tapis ambil patinya

Sedikit pewarna hijau - masukkan kedalam pati pandan

Sedikit garam - masukkan ke dalam pati pandan

Air secukupnya

Daun pisang yang lebar

Tali - untuk mengikat

1/2 biji kelapa parut putih + secubit garam

Bahan air gula melaka

300 gm gula melaka

250ml air - tambah jika perlu

1/2 tsp tepung beras/gandum - untuk memekat

Directions

Cara Penyediaan Kuih

1Rendam pulut bersama dengan air kapur semalaman atau 4 jam.

2Setelah direndam, basuh semula pulut dan toskan sehingga kering air.

3Masukkan pulut kedalam periuk dan masukkan pati pandan dan sedikit air sehingga paras air sama dengan paras pulut.

4Tanak pulut seperti cara hendak masak nasi. Kacau sentiasa.

5Apabila air kering, tutup api dan tutup periuk dan biarkan sebentar.

6Layur daun pisang dan seterusnya lap daun pisang dengan kain bersih.

7Daun pisang haruslah lebar supaya boleh digulung 2-3 kali.

8Kacau rata pulut terlebih dahulu dan letakkan 2 senduk atau lebih pulut keatas daun pisang, bergantung kepada saiz daun anda. Gulung dan padatkan.

9Ikat di hujung yang pertama dan kemudian mengunakan sudu yang dicelup air, tekan pulut dibahagian hujung yang satu lagi supaya pulut padat. Tekan sedikit bagi memastikan ia padat dan seimbang. Kemudian ikat dengan tali bahagian yang satu lagi sehingga menjadi seperti gambar dibawah.

10Buat sehingga habis pulut. Untuk 500gm, anda akan memperolehi 3 gulung pulut.

11Masukkan pulut yang telah dibalut kedalam periuk dan masukkan air sehingga sama paras.

12Rebus sehingga air kering atau dalam 2 jam. Angkat dan toskan.

13Untuk memotong kuih lopes dengan cantik, guna benang.

14Ikat benang pada sesuatu. Buka separuh daun pisang letakkan ditangan kiri, tegangkan benang mengunakan tangan kanan anda untuk memotong pulut.

15Gaulkan pulut dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Hidangkan bersama air gula melaka.

Cara Penyediaan Air Gula Melaka

1Masukkan gula melaka dan air dan masak sehingga gula melaka larut.

2Angkat dan tapis untuk membuang bendaasing dalam gula melaka.

3Masukkan semula kedalam periuk

4Masukkan bancuhan tepung, bancuh tepung dengan sedikit air.

5Kacau sebati dan masak sehingga pekat.

Sumber : FB Resepi Kuih Tradisi & Moden

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *