kuihkasturi1

Kuih Kasturi

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

Mac 9, 2015

Kuih Kasturi 0 5 0
  • Prep: 10 mins
  • Cook: 30 mins
  • 10 mins

    30 mins

    40 mins

kuihkasturi1

Cara-cara Menyediakan

1Basuh dan rendam kacang hijau selama sekurang kurangnya 1 jam.

2Kemudian masukkan ke dalam periuk dengan air yang mencukupi dan rebus hingga empuk. Kalau masih keras, tambah sedikit lagi air dan terus merebus hingga kacang lembut.

3Bila air hampir kering,masukkan gula, kelapa parut muda, tepung gandum dan garam. Kacau sentiasa hingga sebati dan kering. Tutup api dapur dan sejukkan.

4Setelah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Kemudian leperkan.

5Panaskan minyak masak di dalam kuali.

6Celup adunan kacang hijau tadi ke dalam bahan salutan ( campurkan semua bahan) dan goreng hingga garing.

7Siap untuk dihidang.

Bahan-Bahan

1 cawan kacang hijau

Air yang cukup untuk merebus

1/2 - 3/4 cawan gula perang lembut atau gula pasir

5 sudu besar kelapa parut muda

1/2 sudu teh garam

3-4 sudu besar tepung gandum

BAHAN UNTUK SALUTAN :

1 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Garam

Air yang cukup

00:00

0 Reviews

All fields are required to submit a review.

Facebook

Twitter