kuihtahiitik
kuihtahiitik

Kuih Bunga Tanjung

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 30 mins
  • Memasak: 10 mins
  • 30 mins

    10 mins

    40 mins

Bahan-Bahan

10 biji telur itik

1 kg gula pasir

250 gm tepung pulut

100 gm tepung beras

2 helai daun pandan

5 kuntum bunga cengkih

Kaedah Penyediaan

Masukkan telur merah dalam bekas dan pukul hingga kembang. Ketepikan.

Kemudian, satukan tepung beras dengan tepung pulut dan goreng tanpa minyak. Angkat dan sejukkan.

Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih sehingga setengah pekat.

Sediakan sebiji mangkuk, masukkan telur merah yang dipukul kembang tadi dan sedikit tepung beras.

Uli dengan tiga jari dan bentukkan seperti buah tanjung. Ulang langkah ini sehingga selesai

Masukkan ke dalam air gula sehingga meresap, barulah boleh diangkat.

Siap untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.