Kuah Kacang
Kuah Kacang

Kuah Kacang

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0 0
  • Sediaan: 25 mins
  • Memasak: 40 mins
  • 25 mins

    40 mins

    1 hr 5 mins

Bahan-Bahan

1/2 kg kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar

10 sudu besar cili boh/cili kisar

2 batang serai - diketuk

3/4 cawan air asam jawa

Garam dan gula secukup rasa

1.5 liter air

BAHAN KISAR :

80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas - toskan

13 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

4 batang serai, dihiris

1 camca besar ketumbar

1 1/2 inci lengkuas

Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak dalam periuk.

Tumiskan cili kisar,serai yang diketuk,bahan kisar halus hingga naik bau dan garing.Kacau selalu dan gunakan api sederhana.

Masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar, kacau rata.

Tuang air dan masukkan air asam jawa. Bila mendidih, tambah gula dan garam secukup rasa. Kacau dan kecilkan api.

Renehkan kuah kacang sehingga pekat dan terbit minyak.

Siap untuk dihidang bersama nasi himpit.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.