Kerepek Ubi Pedas Basah
Kerepek Ubi Pedas Basah

Kerepek Ubi Pedas Basah

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 15 mins
  • 15 mins

    15 mins

    30 mins

Bahan-Bahan

2 kg ubi kayu

1/2 kg gula pasir

1 cawan air asam jawa @ secukupnya

minyak secukupnya

garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

1/2 kg cili kering - dibersihkan

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

Kaedah Penyediaan

Kupas ubi kayu dan hiris menipis dengan menggunakan alat penghiris makanan.

Panaskan minyak dalam kuali dan pastikan minyak yang banyak lalu goreng ubi kayu tadi hingga keperangan.Angkat dan toskan.

Kemudian,panaskan minyak lagi,tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau.

Masukkan gula,garam serta air asam jawa.

Gaulkan rata dan masak sehingga mendidih dan menjadi pekat.Tunggu sehingga bahan tumisan sejuk sebentar.

Masukkan ubi kayu yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga semua sebati.

Angkat dan sejukkan lalu masukkan dalam bekas kedap udara.

p/s : utk kekalkan kerangupan ubi kayu,gaulkan ubi kayu bersama sambalnya ketika sambal telah menyejuk..baru la rangup…sekian..

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.