Kerabu Perut

Kerabu Perut
Kerabu Perut

Kerabu Perut

avatarOleh Resepi Mudah  

Oktober 29, 2014

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 20 mins

Bahan-Bahan

1 kg perut lembu - dibersihkan,direbus dan di hiris nipis

kacang panjang secukupnya- dihiris halus

taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan

1 bawang besar- hiris halus

4 biji cili padi- dihiris halus

2 biji limau nipis- ambil airnya

1 biji tomato- hiris

Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus

BAHAN UNTUK DITUMBUK:

1 sudu kerisik

2 batang serai- hiris halus

2 sudu udang kering- dibersihkan

1/2 bawang besar

4 ulas bawang putih

sedikit belacan

1 inci halia

Cara-cara Menyediakan

1Tumbuk semua bahan yang berkenaan hingga 3/4 hancur.

2Gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi..

3Gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.

4Masukkan bahan perasa..

5Siap untuk dihidang..

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *