kek-marble-susu
kek-marble-susu

Kek Marble Susu

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 30 mins
  • Memasak: 40 mins
  • 30 mins

    40 mins

    1 hr 10 mins

Bahan-Bahan

3 biji telur

1 cawan majerin

1 cawan gula castur/gula halus

2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)

1 sudu makan baking powder

2 sudu besar susu pekat manis

1 sudu kecil esen vanila

Perwarna ikut suka

Kaedah Penyediaan

Pukul majerin bersama gula sampai kembang.

Kemudian masukkan telur satu persatu.

Pukul lagi adunan sehingga kembang.

Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.

Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)

Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .

Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.

Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.

Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.