japanese-cheese-cake
japanese-cheese-cake

Kek Keju Jepun

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 1 hr 30 mins

Bahan-Bahan

7 keping cheddar cheese (kira-kira 28g satu slice)

200ml susu segar@susu cair

4 biji telur

75gm tepung naik sendiri

75gm butter

100gm gula halus

1/2 sudu teh cream of tatar

Cara-cara Menyediakan

1Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.

2Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.

3Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.

4Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).

5Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)

6Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

7Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati

8Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.

9Letak loyang dalam bekas berisi air panas

10Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing.

11Selamat mencuba. 🙂

00:00

2 comments

  1. diana berkata:

    Thanks for resepi..mmg sedap dan menjadi..highly recommended utk dicuba..

  2. Rinie berkata:

    Wow…resepi nya senang2 belaka..thanks

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *