Kek Keju Cheddar Snow

Oleh Resepi Mudah      

Oktober 28, 2014

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 50 mins

Bahan-Bahan

6 biji telur gred A

1 cawan gula perang

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan susu pekat

2 sudu teh baking powder

2 sudu teh ovelet

2 sudu besar sunquick perisa mango

1/2 cawan minyak masak

Pewarna kuning

Bahan Untuk Krim :

1 kotak cream cheese - 250 gram

1 kotak Whipping Cream - 250 gram

Bahan Untuk Topping :

1/2 kotak kraft cheddar cheese - diparut

Cara-cara Menyediakan

Cara Menyediakan Kek Keju Cheddar Snow :

1Masukkan semua bahan2 kecuali minyak masak dan pukul hingga kembang dan gebu menggunakan kelajuan yang sederhana.

2Kemudian masukkan minyak masak dan pukul lagi sehingga sebati.

3Sediakan bekas acuan/loyang yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.

4Masukkan aduanna dalam bekas acuan/loyang dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah sehingga masak – anggaran 45 minit dengan suhu 150C.

5Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk,bahagikan kek tersebut kepada 2 lapisan.

6Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9Masukkan dlm peti ais sekejap sebelum dipotong untuk dimakan.

Cara Menyediakan Krim :

112. Satukan kedua bahan dan putar sehingga sebati.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *