kek-hokaido
kek-hokaido

Kek Hokaido

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

April 16, 2015

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 25 mins

Bahan-Bahan

4biji kuning telur

30gm gula castur

1 sudu kecil esen vanila

40ml susu segar

4oml minyak mkn

55gm tepung kek

20gm tepung castard

1 sudu kecil b.powder

4 biji putih telur

1/4 sudu kecil garam

80gm gula castur

Cara-cara Menyediakan

Cara-Cara menyediakan Kek Hokaido :

1Tepung kek, tepung kastard dan baking powder diayak, serta kuning telor dipukul bersama.

2Kemudian masukkan vanila susu dan minyak.

3Pukul rata dan masukkan bahan yang diayak serta digaul rata.

4Pukul putih telur hingga berbuih.

5Kemudian masukkan gula dan garam.

6Pukul tahap laju (pastikan bekas dalam keaadan kering)

7Masukkan 1/2 dalam adunan tepung tadi secara kaup balik dan masukkan baki selebihnya.

8Kemudian masukkan dalam cawan kertas 3/4 penuh

9Bakar hingga masak dalam masa 20-25 minit dan sejukkan

Untuk Krim Kastard :

1Campurkan 1 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung jagung, 4 sudu besar gula , 1 cawan susu segar, satu biji telur SAIZ C , 1 sudu besar majerin dan 1 sudu kecil esen vanila

2Kemudian kacau atas api hingga licin.

3Angkat dan sejukkan

4Boleh lah dipaip pada kek tadi

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *