Kek-Chiffon-Pandan
Kek-Chiffon-Pandan

Kek Chiffon Pandan

avatarOleh Resepi Mudah      

Oktober 28, 2014

0.0 0
  • Sediaan: 10 mins
  • Memasak: 50 mins
  • 10 mins

    50 mins

    1 hr

Full-screen

Bahan-Bahan

Bahan A :

6 biji kuning telur

2/3 cawan minyak Mazola

2/3 cawan santan pekat

1/2 sudu kecil garam

1 cawan gula pasir

pewarna hijau dan perisa pandan

1 1/2 cawan tepung gandum/tepung kek *diayak

1 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B :

6 biji putih telur

1/2 cawan gula pasir

1 sudu kecil cream of tar tar

Kaedah Penyediaan

Bahan A :

Masukkan kuning telur, garam dan gula dalam bekas bersih dan kacau hingga sebati..

Kemudian,masukkan pewarna hijau, minyak serta santan dan kacau lagi.

Masukkan pula tepung( yang telah diayak bersama baking powder) dan gaulkan sebati dan ketepikan.

Bahan B :

Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.

Kemudian masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.

Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

Cara Menyediakan:

Setelah itu, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.

Gaulkan adunan A dan B sehingga sebati..

Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yang berlubang…tak perlu di lenser mentega.

Setelah siap, hentakkan bekas acuan supaya adunan mendap ke bawah dan bakar selama 45-50 minit 175c

Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.

Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.