kekapamaiskrim
kekapamaiskrim

Kek Apam Aiskrim

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0 0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 35 mins
  • 15 mins

    35 mins

    50 mins

Bahan-Bahan

3 cwn tepung gandum( diayak)

4 biji telur

2 cwn gula castor

1 sudu kecil overlet

3/4 cwn air aiskrim soda

1 sudu teh perasa rose

kon kertas.

coklat masakan..coklat rice..coklat chip..manik2 berwarna.

perasa n perwrna berlainan dlm satu adunan.

Kaedah Penyediaan

Pukul telur dgn gula hingga putih dan kembang dlm anggaran 5 minit.

Masukkan ovelet dan perasa rose dan pukul lg.

Kemudian,masukkan tepung gandum yg diayak dengan berselang seli n air aiskrim soda..pukul sampai sebati.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dlm mangkuk berasingan.

Letakkan perwarna dan perasa yang anda suka

Gaulkan hingga adunan perasa n perwarna sebati..setiap layer ada rasa berlainan..saya buat perasa mango+oren..coklat emulco+coklat..strawberry elmuco+pink..lemon+kuning..n perasa pandan+dark green

Sediakan kon seperti arahan dibawah

Susun kon dlm kukusan..letakkan dlm lubang kukus…lubang kukusan jgn tutup abis supaya wap panas mengalir keatas.

Untuk mengukus,pastikan da 3 tingkat/bahagian pengukus…tp kita guna smua skali kukus..bahagian bawah letakkan air..bekas kedua kosongkan…bekas ketiga bru susun kon dan isikan adunan…kemudian tutup

Tutup kukus tu balut dgn kain supaya wap air kukusan tak menitik keatas kek.

Kukus kek dlm 15 minit dengan api sederhana.

Bila kek dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan sejuk jangan buka kon lg..sebab nak letak coklat atas kek tadi.

Cairkan coklat…..gunakan kaedah double boiler…ikut suka masing2 nak buat coklat warna kesukaan anda.

Bila coklat dah cair,tuangkan coklat diatas kek tadi..dan letakkan manik2 ke badam ke coklat rice ikut citarasa masing2

Masukkan kedlm peti ais sekejap je supaya coklat mengeras…dah siap.

Selamat mencuba.

Untuk membuat kon :

- buat dgn kertas bungkus nasi lemak atau burger.

- lipat tiga bahagian dan gunting…lipat seperti membungkus kacang kuda dan plasterkan

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.