Karipap Pusing

PenulisresepimudahKategoriMasakan, Kaedah Masakan

Karipap merupakan sejenis kuih muih melayu yang popular di Malaysia dengan pelbagai saiz dan inti. Digoreng rangup dan sedap di makan sebagai hidangan pagi dan sebangai hidangan ringan bersama air teh atau kopi.

Hasil1 Hidangan
BAHAN A:
 80 gm tepung gandum
 60 gm lemak sayur/shortening
BAHAN B :
 150 gm tepung gandum
 1 sudu besar gula
 1/2 sudu teh garam
 30 gm marjerin
 air secukupnya
1

Gaulkan bahan A bagi sebati – ketepikan.

2

Gaul pula bahan B – tepung, garam,gula dengan marjerin menjadi serbuk roti kemudian diuli dengan air sehingga menjadi doh yang sebati dan lembut.

3

Ambil doh B leperkan kemudian masukkan doh A ke dalamnya.

4

Balut menjadi ketulan yang lebih besar.

5

Ambil seketul dan canai membulat,kemudian digulung kemas.

6

Ambil segulung canai memanjang,kemudian gulung kemas-kemas

7

Ambil satu gulung kemudian dipotong 4 bahagian dengan menggunakan pisau tajam.

8

Potongan ini dicanai nipis dan masukkan inti karipap.

9

Kelimkan bagi kemas supaya tidak terbuka bila menggoreng nanti.

10

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng karipap dengan api sederhana.

11

Siap untuk dihidang.

Bahan-bahan

BAHAN A:
 80 gm tepung gandum
 60 gm lemak sayur/shortening
BAHAN B :
 150 gm tepung gandum
 1 sudu besar gula
 1/2 sudu teh garam
 30 gm marjerin
 air secukupnya

Cara-cara

1

Gaulkan bahan A bagi sebati – ketepikan.

2

Gaul pula bahan B – tepung, garam,gula dengan marjerin menjadi serbuk roti kemudian diuli dengan air sehingga menjadi doh yang sebati dan lembut.

3

Ambil doh B leperkan kemudian masukkan doh A ke dalamnya.

4

Balut menjadi ketulan yang lebih besar.

5

Ambil seketul dan canai membulat,kemudian digulung kemas.

6

Ambil segulung canai memanjang,kemudian gulung kemas-kemas

7

Ambil satu gulung kemudian dipotong 4 bahagian dengan menggunakan pisau tajam.

8

Potongan ini dicanai nipis dan masukkan inti karipap.

9

Kelimkan bagi kemas supaya tidak terbuka bila menggoreng nanti.

10

Panaskan minyak dalam kuali dan goreng karipap dengan api sederhana.

11

Siap untuk dihidang.

Karipap Pusing

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *