Ikan Percik

ikanpercik
ikanpercik

Ikan Percik

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

Februari 9, 2015

  • Prep: 5 mins
  • Cook: 10 mins

Bahan-Bahan

4 ekor ikan kembung

8 ulas bawang merah

1 inci halia

1 batang serai diketuk

2 1/2 biji santan kelapa

air asam jawa mencukupi

tepung jagung untuk memekatkan kuah

bahan perasa

Cara-cara Menyediakan

1Tumbuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama ikan kembung selama 5 minit

2Kemudian,kisarkan 5 ulas bawang merah bersama halia.

3Masak santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.

4Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, bahan perasa secukupnya.

5Bila semuanya sebati, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.

6Bakar ikan kembung tadi sampai masak.

7Selepas itu curahkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut.

8Siap untuk dihidang.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *