Ikan Pari Asam Pedas

Ikan Pari Asam Pedas
Ikan Pari Asam Pedas

Ikan Pari Asam Pedas

avatarOleh Resepi Mudah      

Oktober 29, 2014

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 25 mins

Bahan-Bahan

1 ekor ikan pari bersaiz sederhana dibelah 4 bahagian

1 serai dititik

air asam jawa secukupnya

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

bahan perasa secukupnya( garam dan gula )

sedikit daun kesum

Air secukupnya

Minyak masak secukupnya

5 biji kacang bendi

1 biji tomato dibelah 4 bahagian

BAHAN UNTUK DIMESIN :

30 biji lada kering (di gunting dan rendam dalam air panas)

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih

1/2 ibu jari belacan

Cara-cara Menyediakan

1Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dimesin tadi serta serai ke dalam periuk..

2Tumiskan hingga naik minyak…

3Masukkan air secukupnya serta masukkan serbuk kunyit.

4Masukkan ikan, gaul secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur..

5Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bahan perasa..

6Akhir sekali,masukkan kacang bendi dan tomato..

7Biarkan sehingga mendidih..siap untuk dihidang..

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *