Ikan Pari Asam Pedas Johor

By Resepi Mudah      

Mei 19, 2017

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 20 mins
  • Yields: 2-3 servings

Ingredients

1/2 kg ikan pari

10-15 biji cili kering (dikisar)

2 ulas bawang merah (dikisar)

2 ulas bawang putih (dikisar)

sedikit belacan (dikisar)

1 batang serai (dititik)

1 batang bunga kantan

sedikit daun kesum

1 sudu lada hitam (ditumbuk )

1 sudu jintan manis (ditumbuk)

1 mangkuk air asam jawa

garam, gula & perasa

minyak untuk menumis

Directions

1Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar.

2Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan.

3Masukkan cili yang telah dikisar. Kacau sebentar masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak.

4Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.

5Akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.

6Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak.

7Siap untuk dihidangkan.

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *