Print Options:

Gulai Daging Kawah

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak40 minitJumlah Masa55 minit

 1 kg Daging ( campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk )
 4 ulas bawang merah - dihiris
 Santan secukupnya
 Garam dan gula
 Gula melaka
 Asam jawa secukupnya
Bahan untuk menumis :
 8 bawang merah - dihiris
 4 ulas bawan putih - dihiris
 1 inci halia - dihiris
 3 sudu besar rempah gulai kawah
 Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.
1

Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah ratus iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi.

2

Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air.

3

Tumiskan sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan.

4

Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk.

5

Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan kacau sebati. Masukkan bawang yang dihiris.

6

Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak.

7

Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.