gulaikawahdaging

Gulai Daging Kawah

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

Gulai Daging Kawah 0 5 0
  • Prep: 15 mins
  • Cook: 40 mins
  • 15 mins

    40 mins

    55 mins

gulaikawahdaging

Cara-cara Menyediakan

1Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah ratus iaitu kayu manis, bunga lawang, pelaga dan tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi.

2Masukkan rempah yang dibancuh dengan sedikit air.

3Tumiskan sehingga betul betul garing dengan api perlahan. Ketepikan.

4Masukkan daging dalam periuk dan masak dengan sedikit air sehingga air agak kering dan daging agak empuk.

5Masukkan rempah gulai yang sudah ditumis dan kacau sebati. Masukkan bawang yang dihiris.

6Tuangkan santan. Masak lagi sehingga santan menggelegak.

7Masukkan gula melaka, air asam jawa, gula dan garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat.

Bahan-Bahan

1 kg Daging ( campur bahagian lemak, organ dalaman, tulang rusuk )

4 ulas bawang merah - dihiris

Santan secukupnya

Garam dan gula

Gula melaka

Asam jawa secukupnya

Bahan untuk menumis :

8 bawang merah - dihiris

4 ulas bawan putih - dihiris

1 inci halia - dihiris

3 sudu besar rempah gulai kawah

Kayu manis, bunga lawang, pelaga secukupnya.

00:00

0 Reviews

All fields are required to submit a review.

Facebook

Twitter