donut2
donut2

Donut Kentang

avatarOleh Resepi Mudah      

Oktober 28, 2014

Inginkan kelainan apabila memakan donut??asyik donut tepung jer kan?? sesekali boleh menggunakan ubi kentang/labu/ubi keledek….sy sediakan resepi ni untuk anda yang ingin mencuba kelainan..

  • Prep: 10 mins
  • Cook: 20 mins

Bahan-Bahan

1/2 kg tepung gandum

11 gm yis segera

200 gm ubi kentang/ubi keladi/keledek/labu

2 sudu besar susu pekat manis

100 gm gula halus

75 gm mentega

1 biji telur gred A

1/2 sudu teh garam

120 ml air

Gula ising untuk salutan

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara Menyediakan

1Kupaskan ubi kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan sebentar.

2Satukan tepung gandum, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air.

3Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.

4Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.

5Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang.

6Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

7Salut dengan gula halus atau coklat mengikut citarasa masing2.

8Siap untuk dihidang.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *