rendangdaging
rendangdaging

Daging Rendang

avatarOleh Resepi Mudah      ,

Februari 6, 2015

0.0
  • Sediaan: 5 mins
  • Memasak: 40 mins
  • 5 mins

    40 mins

    45 mins

Bahan-Bahan

1/2 kg daging segar direbus hingga separa empuk

1 set rempah ratus(bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih)

1 helai daun pandan disimpul

1 tangkai daun kari

1 batang serai dititik

1/2 biji bawang besar dimayang

2 sudu besar cili boh

2 sudu besar rempah kari daging

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih

1 biji tomato dibelah 4 bahagian

2 sudu besar kicap manis

bahan perasa

130 ml santan pekat

daun ketumbar untuk hiasan

bawang goreng untuk hiasan

BAHAN DIKISAR :

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan rempah ratus sehingga naik bau.

Diikuti dengan bawang merah yang dihiris dan kacau hingga layu.

Kemudian,masukkan pula daun pandan,daun kari serta serai..kacau lagi

Masukkan pula bahan yang dikisar,rempah kari,serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih dan kacau rata

Selepas itu,masukkan daging,kicap,gula dan air

Didihkan sehinggalah daging menjadi empuk

Masukkan santan dan biarkan mendidih selama 10 minit

Masukkan tomato,hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

Siap untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.