Cream Puff
Cream Puff

Cream Puff

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

Oktober 30, 2014

0.0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 1 hr 10 mins
  • 15 mins

    1 hr 10 mins

    1 hr 25 mins

Bahan-Bahan

500 ml air

250 gm tepung gandum

200 gm mentega

6 biji telur

BAHAN UNTUK KRIM :

2 cawan susu cair

10 sudu besar gula

3 cawan air

70 gm tepung kastard

15 gm mentega

2 biji kuning telur

1 biji putih telur

Kaedah Penyediaan

Masukkan air dalam kuali dan masukkan mentega dan kacau hingga sebati dan mendidih.

Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan lagi sehingga sebati.

Teruskan mengacau dan kekalkan api yang sederhana hinggalah adunan sebati dan tidak lagi melekat pada kuali.

Biarkan adunan menjadi sejuk selama 30 minit..

Selepas 30 minit,masukkan 6 biji telur dalam adunan tadi dan gaulkan lagi sehingga sebati.

Teruskan mengacau sehingga adunan menjadi pekat…jangan terlalu lembik dan keras..macam adunan cekodok bilis…

Masukkan adunan dalam senduk/sudu dan letakkan adunan dalam loyang/talam.

Bakar dalam oven dalam 45 minit hingga bahagian luar adunan menjadi kekuningan/keperangan.

Setelah siap dibakar,hirislah sedikit bahagian tengah adunan puff untuk dimasukkan krim nanti.

Penuhkan bahagian tengah puff dengan krim.

Untuk menyediakan inti krim :

Masukkan tepung kastard dalam mangkuk beserta air…(BAHAN A)

Dalam periuk,masukkan gula serta air dan masak sehingga mendidih.(BAHAN B)

Kemudian,campurkan bahan A,telur yang dipukul,mentega serta susu cair ke dalam bahan B.

Teruskan mengacau sehingga menjadi pekat.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.