Chocolate Souffle

chocolate-souffle
chocolate-souffle

Chocolate Souffle

avatarOleh Resepi Mudah      

Februari 6, 2015

  • Prep: 5 mins
  • Cook: 45 mins

Bahan-Bahan

300 ml susu cair

25 gm mentega

1 sudu makan tepung jagung

4 biji kuning telur

4 biji putih telur

100 gm coklat masakan dipotong potong

1/4 sudu teh esen vanila

1/4 sudu teh garam

50 gm gula pasir

Cara-cara Menyediakan

1Sapukan mentega dan taburkan sedikit gula pasir ke dalam mangkuk kaca tahan panas bersaiz kecil

2Kemudian,masukkan susu cair serta mentega ke dalam periuk hingga panas tetapi tidak sehingga menggelegak…matikan api.

3Masukkan tepung jagung diikuti dengan kuning telur..kacau rata…nyalakan api dan masak sambil dikacau hingga menggelegak

4Setelah itu,masukkan potongan coklat masakan serta esen vanila.

5Kacau sehingga coklat larut..angkat dan ketepikan.. (BAHAN A)

6Dalam mangkuk yang berlainan,pukul putih telur dan garam sehingga setengah kembang menggunakan pemukul telur

7Masukkan pula gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan hingga kembang.

8Tuangkan BAHAN A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan

9Akhir sekali,tuangkan adunan tadi ke dalam mangkuk kaca tahan panas tadi

10Bakar dengan suhu ketuhar 180 darjah celcius selama 45 minit

11Siap untuk dihidang

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *