Biskut-Batang-Buruk
Biskut-Batang-Buruk

Biskut Batang Buruk

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0 0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 5 mins
  • 15 mins

    5 mins

    20 mins

Full-screen

Bahan-Bahan

600 gram tepung gandum

300 gram tepung beras

1 biji santan kelapa

600 gram kacang hijau

400 gram gula - dikisar

3 biji telur

Minyak untuk menggoreng

Kaedah Penyediaan

Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.

Sangai ( goreng tanpa minyak ) kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus.

Kemudian, campurkan dengan gula dan ketepikan.

Gaul tepung gandum dan tepung beras dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga sebati.

Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm.

Gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.

Potong kecil dan goreng.

Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.