Begedil Ikan Tenggiri
Begedil Ikan Tenggiri

Begedil Ikan Tenggiri

avatarOleh Resepi Mudah      

April 16, 2015

0.0 0
  • Prep: 20 mins
  • Cook: 20 mins
  • 20 mins

    20 mins

    40 mins

Bahan-Bahan

1/2 kg ikan tenggiri - dikukus,ambil isinya dan dilenyekkan

250 gm ubi kentang - direbus dan dilecek

1 cm halia - ditumbuk kasar

3 biji bawang putih - ditumbuk kasar

2 biji bawang besar - dimayang halus

4 biji cili hijau - dimayang

2 tangkai daun kari

3 tangkai daun ketumbar - dimayang halus

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh serbuk cili

1/2 sudu teh serbuk jintan manis

1/2 sudu teh jintan manis - ditumbuk kasar

2 biji telur

Garam secukupnya

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara Menyediakan

Gaulkan isi ikan dengan semua bahan dalam bekas besar kecuali telur sehingga. Pastikan tidak terlau lembik.

Kemudian,bentukkan mengikut citarasa anda masing2.

Panaskan minyak dalam kuali dan celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalam telur dan goreng hingga kuning.

Angkat dan toskan. Boleh dimakan terus/ dicicah dengan sos/dimakan bersama nasi.

Siap untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.

Facebook

Twitter