Print Options:

Ayam Ungkep

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan10 minitMasa Memasak30 minitJumlah Masa40 minit

 1 ekor ayam dipotong ikut suka digaul dengan air perahan limau nipis dan diperap dengan garam & serbuk perasa
 3 sudu besar serbuk ketumbar
 1 sudu besar serbuk jintan manis
 11/2 sudu besar serbuk jintan putih
 2 batang serai - dititik
 1 helai daun kunyit - dihiris kasar
 2 biji kentang belah 4 bahagian dan digoreng
 1 sudu besar gula
 1 asam keping
 1 biji bawang besar dihiris bulat
 garam secukup rasa
 air secukupnya
Bahan Dikisar :
 2 biji bawang besar
 4 biji bawang putih
 1 inci kunyit hidup
1

Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi.

2

Masukkan serai, daun kunyit, serbuk jintan putih, manis dan ketumbar dan gaul hingga naik bau.

3

Masukkan ayam dan kacau rata.

4

Bila bahan2 sudah sebati, masukkan garam serta gula.

5

Masukkan air dan asam keping.

6

Tutup periuk dan biarkan reneh hingga ayam masak dan kuah sedikit pekat.

7

Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan kentang yang telah digoreng.

8

Kacau rata dan siap untuk dihidang.