Ayam Ungkep Berempah

By Resepi Mudah      

Mei 28, 2017

  • Prep: 20 mins
  • Cook: 25 mins

Ingredients

5 tangkai daun kari

1 peket serbuk kari jenama babas

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil lada putih - ditumbuk

1 biji tomato - dibelah 4

1/2 ekor ayam

Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan perasa secukupnya

Air masak secukupnya

1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan sedikit air

Bahan Dihiris

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 biji bawang besar

Directions

1Panaskan minyak, kecilkan api dan masukkan 2 tangkai daun kari bersama tangkainya sekali. goreng hingga garing dan naik bau.

2Masukkan semua bahan yang dihiris tadi dan goreng lagi sehingga garing.

3Setelah garing, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit dan lada sulah tadi. Kacau sebati. Masukkan juga 1/4 cawan air biar rempah masak hingga terbit minyak.

4Masukkan pula baki 3 tangkai daun kari beserta ayam. Kacau lagi.

5Tuang 1 cawan air masak, kecilkan api dan tutup kuali. Masak hingga mendidih dan kering.

6Kemudian,. masukkan bahan perasa secukupnya.

7Masukkan air asam jawa. Kacau lagi hingga sebati dan mendidih.

8Siap untuk dihidang.

Sumber : Azlina Ina Fans

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *