ayamsoslemon1
ayamsoslemon1

Ayam Sos Lemon

avatarOleh Resepi Mudah    ,   

April 16, 2015

0.0
  • Sediaan: 15 mins
  • Memasak: 35 mins
  • 15 mins

    35 mins

    50 mins

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong saiz sederhana

1 biji telur gred A

sedikit lada sulah

3 sudu besar tepung jagung

1 biji bawang besar - dipotong dadu

1 sudu besar minyak masak

parutan buah lemon

Untuk Sos :

3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

1 biji lemon - diperah ambil airnya

1 sudu besar pati jus lemon

3 sudu besar gula

garam secukup rasa

1/4 cawan air

Kaedah Penyediaan

Pukul telur hingga kembang.

Masukkan lada sulah.

Gaulkan ayam bersama telur tadi dan perapkan selama 10 minit.

Kemudian,salutkan ayam dengan tepung jagung. Balik balikkan ayam supaya tepung jagung meliputi seluruh bahagian ayam.

Goreng ayam hingga masak dan kuning keemasan.

Angkat dan toskan.

Masukkan semua bahan untuk sos di dalam bekas. Kacau. Ketepikan.

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga kekuningan.

Masukkan bahan sos, sedikit air, hirisan lemon dan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam dan gaul rata.

Tutup api dan sedia untuk dihidang.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.