ayam-percik
ayam-percik

Ayam Percik

avatarOleh Resepi Mudah      ,

Oktober 30, 2014

0.0 0
  • Sediaan: 10 mins
  • Memasak: 15 mins
  • 10 mins

    15 mins

    25 mins

Full-screen

Bahan-Bahan

4 ketul dada ayam

4 cawan santan pekat

1 keping asam keping

sedikit bancuhan tepung jagung - optional

Garam secukupnya

Sedikit gula

BAHAN UNTUK DIKISAR :

2 inci halia

5 ulas bawang merah

4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)

2 ulas bawang putih

BAHAN UNTUK REBUSAN AYAM :

3 ulas bawang putih-dititik

1 inci halia- dihiris2

Sedikit garam

1 keping asam keping

Air secukupnya.

Kaedah Penyediaan

Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan…

Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.

Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.

Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung.)

Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan

Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana.

Balik2kan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.

Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.