Ayam-Masak-Ros
Ayam-Masak-Ros

Ayam Masak Ros

avatarOleh Resepi Mudah    , , ,   

April 16, 2015

0.0 0
  • Prep: 15 mins
  • Cook: 30 mins
  • 15 mins

    30 mins

    45 mins

Bahan-Bahan

Bahan Ayam :

1 ekor ayam - dipotong ikut citarasa masing2

serbuk kunyit dan garam secukup rasa

Bahan Kisar :

10 tangkai cili kering

2 ulas bawang besar

3 ulas bawang putih

1 1/2 inci halia

3 batang serai

1/2 inci lengkuas

Bahan C :

4 sudu besar minyak masak

2 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 helai Daun pandan - disimpul

2 helai Daun limau perut - dicarik2an

200 ml santan

Garam secukup rasa

2 biji Tomato - dibelah 4

1biji bawang holland yang dimayang

sedikit kacang peas dalam tin jenama ayam brands sbg hiasan

Cara-cara Menyediakan

Gaulkan ayam yang telah dipotong bersama serbuk kunyit serta garam dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik wangi.

Kemudian,masukkan bahan yang dikisar dan tumiskan hingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan ayam yang telah digoreng,daun pandan,daun limau purut,bawang holland yang telah dimayang serta tomato. Gaulkan sebati.

Akhir sekali,masukkan santan dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih.Taburkan kacang peas.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.

Facebook

Twitter