P1040363
P1040363

Ayam Masak Paprik

avatarOleh Resepi Mudah    , ,   

Oktober 28, 2014

0.0
  • Sediaan: 10 mins
  • Memasak: 15 mins
  • 10 mins

    15 mins

    25 mins

Bahan-Bahan

2 ketul isi ayam bahagian dada - dipotong kecil

4 Ulas bawang merah - dihiris halus

4 ulas bawang putih - dihiris halus

1 batang serai - dititik

1 senduk cili kering yg telah dikisar dengan bawang

1/2 biji Lobak merah yang dipotong memanjang

4 batang Kacang panjang dipotong dalam 2 inci

2 biji tomato dibelah empa t

Bunga kobis dipotong kecil

6 biji Cili padi yang dibelah dua

5 helai daun limau purut

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar cili sos

2 sudu besar gula

1 sudu besar garam

1 labu bawang besar yang dipotong bulat

Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.

Biarkan sampai bawang kekuningan.

Masukkan cili kisar. Masukkan cili api. Kacau sampai cili itu masak.

Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam agak masak.

Masukkan sos tiram, cili sos, gula dan garam - ikut rasa ye.

Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian barulah dimasukkan kacang panjang.

Kacau sampai masak sebelum dimasukkan daun limau purut, hirisan bawang besar dan cili

besar tadi.

Angkat dan hidangkan.

00:00

0 Reviews

All fields and a star-rating are required to submit a review.