Print Options:

Asam Pedas Ayam

Hasil1 HidanganMasa Penyediaan15 minitMasa Memasak30 minitJumlah Masa45 minit

 1 ekor ayam (dipotong kecil)
 1 batang serai (dititik)
 Daun kesum
 Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
 Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
 3 cawan air
 Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
 Garam secukup rasa
 Minyak untuk menumis
Bahan kisar
 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
 7 ulas bawang merah
 5 ulas bawang putih
 1 inci kunyit
 1 inci halia
 Sebesar saiz ibu jari belacan
1

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

2

Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.

3

Masak Asam Pedas Ayam

4

Masak Asam Pedas Ayam

5

Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.

6

Masukkan pula garam dan lada hitam. Kacau lagi.

7

Tambahkan air secukupnya.

8

Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.

9

Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.