Asam Pedas Ayam

By Resepi Mudah      

Mei 17, 2018

  • Prep: 15 mins
  • Cook: 30 mins

Cara-cara

1Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.

2Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.

3Masak Asam Pedas Ayam

4Masak Asam Pedas Ayam

5Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.

6Masukkan pula garam dan lada hitam. Kacau lagi.

7Tambahkan air secukupnya.

8Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.

9Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.

Kredit Resepi : Azie Kitchen

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong kecil)

1 batang serai (dititik)

Daun kesum

Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)

Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)

3 cawan air

Sedikit lada hitam - tumbuk kasar

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Bahan kisar

35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)

7 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

1 inci kunyit

1 inci halia

Sebesar saiz ibu jari belacan

00:00

Facebook Comments

Default Comments

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.