Agar Agar Milo

agarmilo
agarmilo

Agar Agar Milo

avatarOleh Resepi Mudah      

Mac 6, 2015

Bahan-Bahan

Lapisan milo :

8 gm agar-agar peket

1 1/2 cawan air

1/3 cawan gula

3/4 cawan Milo

Lapisan Susu :

10 gm agar-agar peket

2 cawan air

1/2 cawan gula

1 1/2 cawan susu cair

beberapa titis esen vanila

Cara-cara Menyediakan

Untuk lapisan milo :

1Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.

2Tuangkan adunan ke dalam loyang ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.

Untuk lapisan susu :

1Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.

2Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.

3Masukkan susu sejat dan esen vanila.

4Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan milo tadi. Letak dalam peti sejuk sebelum dihidang.

00:00

Comments

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *