Login

Register


3 × two =


Or Connect with:

Nasi Ayam Hainan

Resepi yg paling sy sukai terutama pd bulan puasa…ari2 mkn pun xpe…

Recipe Rating

  • (0 /5)
  • (0 Rating)

Instructions

  • 1. Untuk menyediakan nasi :
  • 2. Basuh beras dengan bersih serta toskan.
  • 3. Tumiskan rempah ratus beserta bawang putih dan halia serta daun pandan sehingga naik bau dalam kuali yang berasingan.
  • 4. Masukkan beras,bahan tumisan dalam periuk bersama air rebusan ayam ( jangan guna semua,simpan juga untuk dijadikan sup ) serta garam secukupnya.
  • 5. Masak nasi seperti biasa.
  • 6. Untuk menyediakan ayam :
  • 7. Ayam yang telah direbus tadi dipotong beberapa bahagian dan digoreng…( simpan sedikit bahagian untuk dimasukkan dalam sup )
  • 8. Campurkan kesemua bahan untuk ayam dan masukkan dalam mangkuk besar beserta ayam yang telah direbus tadi.
  • 9. Gaulkan hingga sebati dan perapkan selama sekurang2nya 1/2 jam..
  • 10. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam.
  • 11. Pastikan anda tidak menggoreng terlalu lama kerana sebenarnya ayam telah masak semasa proses rebusan tadi..nanti hangit pulak ayam anda!! :)
  • 12. Untuk menyediakan sos cili :
  • 13. Kisar cili merah,halia dan bawang putih.
  • 14. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan bersama sos ikan,cuka,garam,air perahan limau dan sedikit gula.
  • 15. Untuk menyediakan sup :
  • 16. Didihkan semula baki air rebusan ayam dan dicampurkan dengan air dan masukkan beberapa baki bahagian ayam

Be Social